Wednesday, April 18, 2012

Alangkah indahnya...



Alangkah indah sekiranya punya harta berjuta,
mampu membeli satu dunia….

Alangkah indahya jika bisa terbang,
dapat mengelilingi seluruh dunia…

Alangkah indahnya jika dibaluti pakaian yang indah-indah,
menutup  kelemahan yang terzahir…

Alangkah indahnya seisi meja dipenuhi dengan makanan yang baik,
dapat menghilangkan rasa lapar dan memenuhi tuntutan nafsu…

Alangkah indahnya dapat berdamping dengan insan yang diimpikan,
melengkapkan kekosongan dan berkongsi suka dan duka…

Namun,

Lebih indah sekiranya diri sentiasa dibaluti RAHMAT dan KASIH SAYANG-NYA…
Jiwa yang kerdil sentiasa mampu berkongsi nikmat yg diterima,
kaki yang lemah bisa melangkah dengan penuh yakin,
sentiasa malu dan menjaga maruah yang diamanahkan,
nafsu tidak dapat  mengawal akal,
kuat walaupun berseorangan,
sentiasa redha dengan ujian yang datang,
 dan yakin dengan takdir Yang Maha Adil...


image:google




No comments:

Post a Comment