Tuesday, April 24, 2012

NABI SAMUEL,TALUT,JALUT,BALUT DAN NABI DAUD #1




Sedang diri yg kerdil ini teruja dgn cerita2 Cinderella,Snow White, Barbie n many more fairy tales story tiba2 disedarkan betapa hebatnya kisah nabi2 terdahulu yang bukan dongeng semata2..sekiranya terdapat sebarang kekhilafan mohon diperbetul….


Adapun pada suatu masa dahulu, Bani Isreal telah dijajah oleh sebuah pengaruh dari Palestin. Maka lahirlah Nabi  Samuel yg diutuskan Allah utk mengumpulkan Bani Israel. Nabi Samuel pada masa itu diutuskan Allah utk memimpin kaum Bani Israel sebagai raja negeri.  Pada pndgn sy pada masa ini kaum Bani Israel berpecah belah dan tidak bersatu selain takut akan pertempuran di medan perang.


Adapun Tabut, sebuah barang berbentuk peti, adalah suatu pemberian Allah yang amat besar ertinya bagi bangsa Bani Israel, sejak dari zaman Musa a.s. sampai jauh sesudah meninggalkan Nabi Musa. Pemberi semangat dan penenang jiwa di kala berada dalam kegentingan begitulah disifatkan Balut itu. Begitu pula bila ada perselisihan hebat antara kaum Bani Israel, dengan melihat tabut itu saja kepada jiwa yang berselisihan itu segera bersatu antara keduanya. 


Talut seorang anak muda berasal dari golongan Binyamin iaitu golongan yg paling hina dan tidak dilimpahi dengan kemewahan dan hidup melarat. Pada suatu seekor keldai milik bapanya telah hilang. Maka pergilah Talut bersama seorang budak keluar berhari-hari mencari keldai yang hilang itu.


Setelah dinasihati anak kecil peneman Talut, Talut bersetuju berjumpa dgn Nabi Samuel bagi meminta pentunjuk akan keldainya yg hilang. Ketika melihat Talut betapa gembiranya Nabi Samuel kerana telah datang utusan Allah kepadanya. Nabi Samuel memberitahu kpd Talut bahawa dia akan diangkat mnjadi seorang raja oleh Allah SWT. 


Terkejutlah si Talut kerana dia seorang yg hina akan menjadi Raja. Amanah itu diterima jua namun mendapat tentangan kaum Bani Israel kerana pada pendapat mereka Talut yang bukan dari golongan bangsawan tidak layak utk meminpin mereka. Namun setelah di yakinkan oleh Nabi Samuel akhirnya mereka menerima juga.




وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ اللَّهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًا ۚ قَالُوا أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِّنَ الْمَالِ ۚ قَالَ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ ۖ وَاللَّهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿                      ٢٤٧




Nabi mereka mengatakan kepada mereka: “Sesungguhnya Allah telah mengangkat Talut menjadi rajamu.”Mereka menjawab: “Bagaimana Thalut memerintah kami, padahal kami lebih berhak mengendalikan pemerintahan daripadanya, sedang diapun tidak diberi kekayaan yang cukup banyak?” Nabi (mereka) berkata: “Sesungguhnya Allah telah memilih rajamu dan menganugerahinya ilmu yang luas dan tubuh yang perkasa.” Allah memberikan pemerintahan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberian-Nya lagi Maha Mengetahui. – (Surah Al-Baqarah, Ayat 247)

No comments:

Post a Comment